Piagam Pelanggan
| Piagam Pelanggan | Pencapaian Piagam Pelanggan (%) | |||||||||
| 2025 | ||||||||||
| 2024 | 2023 | 2022 | 2021 | 2020 | 2019 | 2018 | 2017 | 2016 | 2015 | |
| BIL. | BAHAGIAN/SEKSYEN/UNIT | PIAGAM PELANGGAN |
| 1 | Bahagian Kejuruteraan Perancangan dan Pengurusan Projek Pembangunan |
Sijil jalan dikeluarkan dalam tempoh tujuh (7) hari bekerja selepas semua syarat dipatuhi. |
| 2 | Memproses dan menghantar komen kepada Jabatan Tanah dan Survei, Sibu mengenai permohonan pelan kejuruteraan awam bagi projek pembangunan dalam tempoh 30 hari bekerja dari tarikh permohonan lengkap diterima. | |
| 3 | Bahagian Kejuruteraan Penyelenggaraan Infrastruktur |
Kerosakan lampu jalan di bawah tanggungjawab Majlis dibaiki dalam tempoh satu (1) hari dari tarikh dikenal pasti. |
| 4 | Kerosakan lampu isyarat dibaiki dalam tempoh tiga (3) hari dari tarikh dikenal pasti. | |
| 5 | Penyelenggaraan penutup longkang dalam tempoh 21 hari dari tarikh dikenal pasti. | |
| 6 | Memproses permohonan kelulusan permit jalan raya dalam tempoh 14 hari bekerja dari tarikh permohonan lengkap diterima. | |
| 7 | Memproses permohonan kelulusan permit untuk memasuki kawasan CBD dalam tempoh lima (5) hari bekerja dari tarikh permohonan lengkap diterima. | |
| 8 | Seksyen Kawalan Bangunan Pengurusan Pelan Bangunan |
Pendaftaran Pelan Bangunan melalui Building Tracking System dan pengeluaran surat rujukan untuk lain-lain jabatan yang berkaitan dalam tempoh dua (2) hari bekerja. |
| 9 | Pemberitahuan status permohonan untuk kelulusan Pelan Bangunan akan dilakukan dalam tempoh 54 hari bekerja. | |
| 10 | Surat Makluman Penerimaan Pelan Struktur akan dikeluarkan dalam tempoh dua (2) hari bekerja. | |
| 11 | Sijil Kelayakan Menduduki Bangunan (Occupation Permit) akan dikeluarkan dalan tempoh dua (2) hari bekerja dari tarikh penerimaan Borang F. | |
| 12 | Seksyen Landskap Penyelenggaraan Landskap dan Taman |
Pokok tumbang yang menghalang lalu lintas dan membahayakan orang awam akan diambil tindakan dalam tempoh 24 jam sebaik sahaja dikenal pasti. |
| 13 | Pokok-pokok yang berada di bahu jalan, kawasan perumahan dan taman yang merbahaya akan diambil tindakan susulan selepas tujuh (7) hari notis diberikan kepada penghuni berdekatan. | |
| 14 | Bahagian Kesihatan dan Perkhidmatan Bandar Pengurusan Kesihatan Dan Perkhidmatan Bandar |
Menangkap sekurang-kurangnya 80 ekor anjing terbiar (stray dogs) sebulan. |
| 15 | Menjalankan penggredan sekurang-kurangnya 75 premis makanan dalam sebulan. | |
| 16 | Bahagian Pencukaian, Penilaian dan Pengurusan Harta Pencukaian, Penilaian dan Pengurusan Harta |
Untuk memastikan notis cukai taksiran S.69 dikeluarkan dalam tempoh 60 hari dari tarikh penerimaan maklumat. |
| 17 | Memastikan Borang G(1) Certificate of Clearance of Indebtedness dikeluarkan dalam masa tiga (3) hari bekerja dari tarikh pembayaran RM30 [fi borang G(1)]. | |
| 18 | Memastikan kutipan tunggakan cukai taksiran pada setiap tahun adalah melebihi 35% daripada keseluruhan jumlah tunggakan tahun semasa. | |
| 19 | Bahagian Penguatkuasa Pengurusan Penguatkuasaan & Undang-Undang |
Memastikan pemantauan penguatkuasa dijalankan sekurang-kurangnya 90 kali sebulan bagi memastikan tiada pelanggaran undang-undang Majlis. |
| 20 | Memproses pemohonan tuntutan barang sitaan dalam tempoh masa 24 jam setelah penuntut mengemukakan dokumen dan maklumat yang lengkap serta telah membayar segala kos yang berkaitan. | |
| 21 | Seksyen Pengendalian Tempat Letak Kereta Pengurusan Pengendalian Tempat Letak Kereta |
Mengeluarkan Notis Peringatan Pembayaran Kompaun sebanyak 2500 buah kenderaan untuk sebulan. |
| 22 | Seksyen Perpustakaan Pengurusan Perpustakaan |
Proses peminjaman buku dan pemulangan buku mengambil masa tidak lebih daripada lima (5) minit. |
| 23 | Unit Perundangan & Pengurusan Kontrak Perolehan Tender |
Surat makluman keputusan tender (Surat Tawaran – Letter of Acceptance, dan Surat Pemberitahuan Tawaran Tidak Berjaya) dikeluarkan dalam tempoh 14 hari bekerja selepas keputusan Mesyuarat Majlis Penuh. |
| 24 | Menyedia dokumen perjanjian dalam tempoh 30 hari bekerja selepas keputusan Mesyuarat Majlis Penuh. | |
| 25 | Seksyen Perancangan Korporat Khidmat Pengurusan Pentadbiran |
Memastikan status pelaksanaan tindakan ke atas aduan dalam tempoh tidak melebihi 10 hari bekerja dari tarikh aduan diterima. |
| 26 | Bahagian Kewangan Pengurusan Kewangan |
Pemulangan deposit tahanan dibuat dalam tempoh lima (5) hari bekerja dari tarikh kelulusan dan penerimaan dokumen yang lengkap daripada bahagian/seksyen/unit yang berkaitan. |
