picture
 

Simbol Sibu


Mengenai Kami
Mengenai Sibu Mengenai MPS
Lokasi Sibu Simbol Sibu

 

Picture

Angsa telah menjadi pilihan terbit daripada beberapa cerita legenda di mana orang-orang Sibu bersyukur apabila musim kebuluran berakhir dengan munculnya sekawanan angsa yang terbang di langit di atas mereka.

Menurut cerita lain, angsa dipilih apabila pendatang Cina mengenalpasti orang Melanau tempatan sebagai orang 'Go' kerana makanan utama mereka ialah sa'go '(sagu). Kebetulan, 'Go' mirip sebutan angsa dalam bahasa Hokkien dan oleh kerana itu orang Cina menamakan Sungai Rajang sebagai "Swan River" (Sungai 'Go') semenjak dahulu hingga ke hari ini dalam beberapa kesusasteraan Cina.

Ibarat cerita dongeng seperti itik hodoh berubah rupa menjadi angsa putih yang cantik, angsa melambangkan identiti dan semangat baru, perpaduan dan kesatuan yang akan memberi inspirasi kepada rakyat untuk berganding bahu demi mencapai matlamat untuk menjadikan Sibu sebuah bandaraya dalam waktu terdekat.

Picture