Mengenai Kami > Mengenai MPS > Logo
- Burung Kenyalang mewakili Kerajaan Negeri.
- Nama bandar Sibu diperolehi daripada buah Sibau, sejenis buah tempatan seperti yang ditunjukkan di paruh burung Kenyalang.
|
- Keris pada sebelah kiri bulatan mewakili masyarakat Melayu.
- Pokok mewakili bandar Sibu yang merupakan pusat ekonomi di mana koko, getah, lada, sagu, minyak kelapa sawit dan kayu balak adalah hasil ekspotnya.
|
 |
- Perisai mewakili masyarakat Dayak.
- Tangan putih menggenggam sebilah kapak mewakili penduduk bandar Sibu yang rajin bekerja, bercita-cita tinggi, jujur, peramah dan pemurah.
|
- Naga yang melingkar mengelilingi bulatan mewakili masyarakat Cina.
- Air berwarna biru di bawah bulatan mewakili Sungai Rejang, dimana ia merupakan jalan air yang terpenting di Sarawak dan Sibu terletak di tebingnya.
- Keris, perisai dan naga mewakili masyarakat bersatu, bersama-sama memajukan Sibu.
|