Sejarah Majlis Perbandaran Sibu (MPS)

Mengenai Kami > Mengenai MPS > Sejarah Majlis Perbandaran Sibu (MPS)

 

Sejarah Majlis Daerah Bandaran Sibu (MDBS)

Sejarah Lembaga Perbandaran Sibu

 

Majlis Daerah Bandaran Sibu telah distruktur semula dan dinaik taraf menjadi MAJLIS PERBANDARAN SIBU pada 1 November 1981 (Ahad) dengan kawasan pentadbiran ditambah daripada 50km persegi kepada 129.5km persegi. Kawasan ini meliputi pusat bandar Sibu, Pasar Sungei Merah, tebing timur Batang Rejang dan termasuk Pulau Kerto hingga ke KM 10 Jalan Teku, KM 12 Jalan Oya dan kira-kira KM 8 Jalan Salim.

Jumlah penduduk dalam kawasan Perbandaran Sibu adalah kira-kira 247,995 orang berdasarkan banci penduduk tahun 2010.

Pengerusi, Timbalan Pengerusi dan 24 orang kaunselor telah dilantik untuk berkhidmat di Majlis Perbandaran Sibu untuk tempoh dua (2) tahun mulai 1 November 1981 (Ahad) adalah seperti berikut :- Senarai Kaunselor : 1981 - 1983

Kedua-dua Pengerusi dan Timbalan Pengerusi Majlis dilanjutkan tempoh perkhidmatan sehingga penghujung tahun 1987.

Memandangkan kaunselor dilantik dua (2) tahun sekali, sekumpulan kaunselor yang baru telah mula berkhidmat pada hari 1 November 1983 (Selasa). Senarai nama adalah seperti berikut :- Senarai Kaunselor : 1983 - 1985