Prinsip

Mengenai Kami > Mengenai MPS > Prinsip

 

Untuk menjadi cekap dan berkesan, Majlis harus menerangkan dengan jelas prinsip-prinsip yang dipraktiskan. Prinsip-prinsip tersebut menyediakan garis panduan untuk Majlis untuk melaksanakan tugas dengan konsisten. Sebagai tambahan, prinsip-prinsip tersebut boleh menjelaskan kepada orang ramai bagaimana Majlis menangani isu dan masalah tempatan. Ini boleh membantu mengelakkan salah faham dan menggalakkan sokongan padu dan komitmen dari pihak yang bekerjasama dengan Majlis.

Bekerja Di Dalam Kerjasama Yang Bijak

Adalah penting bagi Majlis Perbandaran Sibu untuk berganding bahu dengan semua pihak terbabit sebagai sebuah kumpulan yang bersatu. Setiap pihak yang terbabit perlu menganggap satu sama lain sebagai rakan kongsi di dalam usaha untuk menjadikan Sibu sebuah bandar yang lebih baik.

Ahli politik termasuk semua menteri, wakil rakyat dan ahli Majlis Perbandaran Sibu berperanan menyediakan arah dan keputusan dasar. Kakitangan Majlis Perbandaran Sibu berperanan melaksanakan keputusan tersebut melalui kerjasama dan bantuan daripada agensi kerajaan yang lain dan perunding. Pihak media berperanan menyampaikan maklumat yang betul kepada orang ramai, di mana ia akan membantu mengelakkan salah faham dan menggalakkan kerjasama sepenuhnya dari orang ramai. Orang ramai yang menerima hasil dari gandingan semua pihak tersebut akan memberi sokongan padu kepada Majlis. Sudah tiba masanya untuk rakyat dan Organisasi Bukan Kerajaan (NGO) untuk memainkan peranan yang lebih proaktif dalam usaha menyertai keputusan yang berkaitan dengan mereka.

Di dalam semangat kerjasama tersebut, tiada sesiapa pun harus mencari kesalahan atau menyalahkan pihak lain tetapi memberi pandangan dan cadangan yang membina to memperbaiki kekurangan yang mungkin timbul. Semua pihak harus berpandangan positif semasa menangani isu yang berkenaan Sibu tanpa membabitkan sentimen individu.

Untuk mempromosi dan meneruskan kerjasama bijak ini, Majlis mengambil langkah berikut :-

  • Mengadakan program pendidikan