picture
 

Sejarah Majlis Daerah Bandaran Sibu (MDBS)


Mengenai Kami
Mengenai Sibu Mengenai MPS
Sejarah Logo Visi, Misi &
Tonggak Kecemerlangan MPS
Prinsip
Dasar Utama Peranan Dan Fungsi Undang-Undang Lagu Rasmi
Sejarah
Majlis Perbandaran Sibu (MPS)
Sejarah
Majlis Daerah Bandaran Sibu (MDBS)
Sejarah
Lembaga Perbandaran Sibu

 

Walaupun Ordinan Kuasa Tempatan (Bab 117) berkuatkuasa pada 1 Januari 1948 (Khamis), Lembaga Perbandaran Sibu masih beroperasi sehingga penghujung 1951. Menjelang 1 Januari 1952 (Selasa), ia dinamakan sebagai Majlis Daerah Bandaran Sibu, sebuah entiti Kerajaan Tempatan, mempunyai kemampuan kewangan sendiri dan mengurus hal ehwal tempatan.

Pegawai Daerah Sibu pada ketika itu merupakan Pengerusi kepada Majlis dan diteruskan sehingga penghujung 1957. Semua kaunselor adalah dilantik.

Kawasan pentadbiran Majlis Daerah Bandaran Sibu pada waktu itu adalah kira-kira tiga (3) batu persegi. Banci penduduk tahun 1947 menunjukkan jumlah penduduk seramai 9,983 orang di daerah ini. Dalam tahun 1957, sempadan kawasan Majlis Daerah Bandaran Sibu telah dibesarkan kepada kira-kira 20 batu persegi. Jumlah penduduk adalah seramai 29,630 orang pada 15 Jun 1960 (Rabu), berdasarkan laporan banci penduduk tahun 1960.

Pilihan raya pertama Majlis Daerah Bandaran Sibu diadakan pada 15 Disember 1957 (Ahad) dan mesyuarat pertama bagi kaunselor yang dilantik diadakan pada 2 Januari 1958 (Khamis).

Pengerusi dan kaunselor Majlis Daerah Bandaran Sibu untuk tahun 1958 - 1959 adalah seperti berikut :- Senarai Kaunselor : 1958 - 1959

Kaunselor yang dilantik dibahagikan kepada sembilan (9) buah kawasan pengundian dengan 20 orang ahli. Pegawai Daerah Sibu adalah ahli ex-officio, masih menjadi kaunselor sehingga penghujung 1959. Dalam pilihan raya kedua, 21 orang kaunselor telah dilantik pada 6 Disember 1959 (Ahad), untuk berkhidmat sehingga 15 Jun 1963 (Sabtu).

Pengerusi, Naib Pengerusi dan kaunselor Majlis Daerah Bandaran Sibu untuk tahun 1959 - 1963 adalah seperti berikut: - Senarai Kaunselor : 1959 - 1963

Di bawah sistem pilihan raya, dua (2) orang daripada kaunselor akan dilantik kepada Majlis Penasihat Bahagian dan seorang daripada kaunselor akan dilantik langsung kepada Dewan Undangan Negeri.

Lanjutan kepada Ordinan Pilihan Raya Dewan Undangan Negeri yang baru, sistem ini telah dibatalkan dan perwakilan langsung dihentikan.

Pilihan raya ketiga Majlis Daerah Bandaran Sibu untuk 21 orang ahli telah diadakan pada 23 Jun 1963 (Ahad).

21 orang kaunselor dilantik dan memegang jawatan untuk lebih daripada 18 tahun sehingga 31 Oktober 1981 (Sabtu) adalah seperti berikut :- Senarai Kaunselor : 1963 - 1981

Kemajuan yang dibuat oleh Majlis Daerah Bandaran Sibu dalam pelbagai bidang sangat luar biasa dan adalah berbaloi untuk melihat secara ringkas pembangunannya.

  • Balai Polis lama di Jalan Channel/Jalan Cross (sekarang menjadi milik MAKSAK (Majlis Rekreasi & Kebajikan Perkhidmatan Kerajaan Sarawak)) juga menempatkan Majlis Luar Bandar dan Majlis Bandaran Sibu sebagai pejabat dari tahun 1952 hingga 1957. Bangunan tersebut juga digunakan sebagai Perpustakaan, Balai Bomba dan Klinik.

  • Pasar Sungei Merah dan Rumah Penyembelihan Khinzir dibina pada tahun 1956 dengan kos RM45,000 dan RM12,000 masing-masing.

  • Terdapat sebuah taman permainan kanak-kanak di Lebuh Lama (sekarang tempat penjaja) dan sebuah di padang bola sepak Jalan Race Course (sekarang dikenali sebagai Padang Bola Sepak Jalan Awang Ramli Amit) yang diselenggara oleh Majlis.

  • Terdapat hanya sebuah Balai Bomba dengan dua (2) orang pegawai bomba untuk menjaga 230 buah rumah kedai dan tiga (3) buah panggung wayang.

Pembentukan pemilihan Majlis pada tahun 1958 membawa kepada pembangunan yang pesat.

Dalam tahun 1952, hanya empat (4) orang guru berkhidmat dengan Majlis dan mengajar di Sekolah Abang Ali, sekarang dikenali sebagai S.U.D.C. No. 1 (Abang Ali). Bangunan Sekolah S.U.D.C. No. 1 (Abang Ali) telah dibina dalam tahun 1958 dan siap pada tahun 1959 dengan kos RM160,000.

Sekolah S.U.D.C. No. 2 (sekarang SRK Perbandaran No. 2) telah siap dibina dalam tahun 1960 dengan kos RM58,000 dan blok tambahan sekolah ini siap dibina dengan kos kira-kira RM56,000 pada tahun 1965.

Perancangan untuk Sekolah S.U.D.C. No. 3 (sekarang SRK Perbandaran No. 3) dibuat pada tahun 1960 dan pembinaan telah siap dengan kos RM34,000 pada tahun 1961. Blok tambahan kepada bangunan ini telah siap dalam tahun 1966 dengan kos kira-kira RM38,000. Terdapat seramai 471 orang murid sekolah dengan 13 orang guru pada 1967.

Sekolah S.U.D.C. No. 4 (sekarang SRK Perbandaran No. 4) dibina dan siap pada tahun 1963 dengan kos RM33,000. Sumbangan Kerajaan dalam bentuk geran diberi kepada Majlis untuk menampung segala perbelanjaan program sekolah Majlis.

Pada tahun 1952, terdapat seorang Setiausaha, Penolong Setiausaha, dua (2) orang Pegawai Kerani dan seorang Inspektor Perbandaran yang menduduki Balai Polis lama (bangunan MAKSAK di Jalan Channel/Jalan Cross) sebagai pejabat.

Pada 23 Jun 1962 (Sabtu), Majlis berpindah ke bangunan Dewan Bandaran sekarang yang telah siap dengan kos RM250,000. Kakitangan Bahagian Pentadbiran terdiri daripada Setiausaha, Penolong Setiausaha, seorang Pegawai Kerani dan seorang Pegawai Hal Ehwal Sekolah; Bahagian Kesihatan terdiri daripada seorang Penguasa Kesihatan, seorang Inspektor Kesihatan Kanan, tiga (3) orang Inspektor Kesihatan, seorang Inspektor Penjaja dan seorang Pegawai Kerani; Bahagian Perbendaharaan terdiri daripada lima (5) orang kakitangan termasuk Bendahari; Bahagian Kejuruteraan terdiri daripada seorang Jurutera Eksekutif, lapan (8) orang Penolong Juruteknik dan dua (2) orang Pegawai Kerani; Bahagian Perkadaran terdiri daripada tiga (3) orang Pegawai Kerani; dan Bahagian Perpustakaan terdiri daripada empat (4) orang kakitangan.

Bangunan tambahan kepada Dewan Bandaran untuk menempatkan Perpustakaan telah siap pada tahun 1966. Peruntukan sebanyak RM3,000 setiap tahun sejak tahun 1958 telah diberi untuk membeli buku tambahan sehingga tahun 1964. Peruntukan tersebut telah ditambah kepada RM5,000 pada tahun 1965 hingga 1968.

Sejak tahun 1952, Majlis telah bertanggungjawab kepada perkhidmatan ibu mengandung dan kesihatan kanak-kanak. Ia bermula dengan dua (2) orang Pembantu Kesihatan Melawat terlatih untuk mengendalikan klinik di bawah penyeliaan Pegawai Perubatan Bahagian. Untuk menampung permintaan yang bertambah dalam tahun 1968, klinik tersebut dikendalikan oleh seorang Jururawat Kesihatan, dua (2) orang Jururawat Kanan, seorang Jururawat, seorang Bidan Kanan, lapan (8) orang Bidan, enam (6) orang Pembantu Pelawat, seorang Juruteknik Makmal dan dua (2) orang Pegawai Kerani. Perkhidmatan panggilan malam telah disediakan dan dikendalikan oleh bidan yang terlatih. Perkhidmatan ibu mengandung dan kesihatan kanak-kanak telah diambil alih oleh Jabatan Perubatan & Kesihatan pada 1 Januari 1979 (Isnin).

Majlis tidak mempunyai Pegawai Kesihatan sendiri sehingga 1957. Tanggungjawab tersebut dijalankan oleh Inspektor Kesihatan dari Jabatan Perubatan di bawah kuasa Pegawai Perubatan Bahagian. Kerja tersebut dilakukan dengan kerjasama rapat dengan pegawai Majlis. Dalam tahun 1958, Majlis mula menjaga hal kesihatan secara langsung apabila mendapat seorang Inspektor Kesihatan secara pinjaman dari Jabatan Perubatan. Majlis mempunyai Penguasa Kesihatan pada tahun 1963. Dengan itu kerja berkenaan kesihatan di Majlis telah dijalankan dengan lebih berkesan. Sejak itu, terdapat kemajuan signifikasi dalam pelbagai bidang seperti alam sekitar dan sanitasi.

Jalan raya di Sibu telah siap dibina oleh Jabatan Kerja Raya yang terdiri daripada 16.61 batu jalan berturap dan 6.59 batu jalan berbatu krikil, telah diserahkan kepada Majlis untuk penyelenggaraan pada tahun 1962. Dengan kakitangan kejuruteraan dan kelengkapan yang terhad, Majlis telah dengan sedaya upaya untuk menyelenggara jalan raya tersebut ke tahap yang memuaskan. Pada pertengahan bulan Jun 1963, Majlis telah melatih Jurutera sendiri dan beliau meletak jawatan pada bulan September 1964. Jurutera baru telah dilantik pada pertengahan tahun 1966.

Percubaan pertama menurap jalan raya oleh Majlis ialah di Jalan Tiong Hua oleh Jurutera pada masa itu. Kakitangan teknikal mampu bekerja dengan cekap tanpa bantuan Jurutera pada tahun 1965 untuk menyiapkan pembinaan Jalan Bukit Assek, Jalan Amoy, Jalan Hoe Ping, Jalan Kampung Baharu dan Jalan Tong Sang. Beberapa batang jalan pejalan kaki dan trek berbasikal juga siap dibina.

Dari tahun 1960 dan seterusnya, perhentian bas berbumbung disediakan. Di mana ada keperluan, banyak perhentian bas berbumbung telah dibina di persimpangan sekolah dan di tepi jalan raya untuk kemudahan orang ramai.

Lanjutan kepada di atas, kerja-kerja pembinaan taman permainan kanak-kanak di Sungei Bakong, di persimpanagan Jalan Race Course/Jalan Queen (sekarang dikenali sebagai Jalan Tun Abang Haji Openg), di belakang rumah kedai Jalan Ramin adalah di bawah penyeliaan langsung oleh kakitangan teknikal dalam tahun 1960 - 1961. Untuk tempoh 1963 - 1966, banyak lagi taman permainan kanak-kanak telah disediakan di Pasar Sungei Merah, Jalan Tiong Hua, Kampong Datu, bekas kawasan Gudang Kastam lama dan di belakang Kuil Tua Pek Kong.

Dalam tahun 1964, Majlis membelanjakan sebanyak RM45,000 untuk membina trek lari berturap untuk Padang Peringatan Raja George VI (sekarang dikenali sebagai Padang Sukan Tun Datuk Patinggi Tuanku Haji Bujang) yang telah diserahkan oleh Lembaga Amanah Raya kepada Majlis dalam tahun 1963. Banyak kemajuan telah dilakukan terhadap padang tersebut dengan penyediaan trek lari diperbuat daripada sintetik oleh Jabatan Kerja Raya dengan dana dibiayai oleh Kementerian Pembangunan Sosial pada tahun 1991. Pentas duduk berbumbung baru dibina oleh Majlis pada tahun 1993 dengan kos kira-kira RM600,000.

Kolam Renang bersaiz olimpik pertama di Jalan Bukit Lima telah siap dibina oleh Jabatan Kerja Raya dalam bulan November 1963 dengan kos RM0.5 juta dan diserahkan kepada Majlis untuk penyelenggaraan selepas siap pembinaannya. Dalam tahun 1964, Majlis membina bangunan kantin untuk kegunaan pengguna kolam renang dengan kos RM50,000. Kolam renang tersebut telah ditutup mulai 1 April 1993 (Khamis) untuk pembaikan secara menyeluruh. Kolam renang di Jalan Delta merupakan kolam renang kedua dibina di Sibu telah siap pada bulan April 1993 dengan kos kira-kira RM5.1 juta, dimana pembiayaan dalam bentuk geran diperolehi daripada Kementerian Pembangunan Sosial.

Balai Bomba berpindah dari bangunan lama (sekarang bangunan MAKSAK di Jalan Channel/Jalan Cross) ke Balai Bomba sekarang di Jalan Central yang telah siap dibina pada 25 Disember 1959 (Jumaat), dengan kos kira-kira RM153,000. Ianya telah diselia oleh seorang Pegawai Bomba, seorang fomen, dua (2) orang anggota Bomba Utama dan 15 orang anggota Bomba. Kelengkapan dan alat memadam api baru telah dibeli. Perkhidmatan Bomba telah diambil alih oleh Kerajaan Persekutuan pada 15 Mei 1981 (Jumaat).

Tetapi sebelum diambil alih oleh Kerajaan Persekutuan, Majlis Daerah Bandaran Sibu mendapati bahawa ia mempunyai tanggungjawab tambahan memandangkan pusat bandar telah berkembang dengan pesat termasuk 304 buah rumah kedai, empat (4) buah panggung wayang, tiga (3) buah stesen petrol, kiosk pam petrol, beratus-ratus buah rumah pangsa terdapat di dalam lingkungan pusat bandar Sibu dan 30 buah rumah kedai di Pasar Sungei Merah.

Pada tahun 1959, Majlis telah siap membina Pasar Sungei Bakong dengan kos RM12,700 dan Pasar Jalan Channel dengan kos kira-kira RM70,000 dengan sedikit geran Kerajaan Negeri. Pasar Jalan Khoo Peng Loong telah dibina dengan perbelanjaan Majlis sendiri dengan kos RM100,000 termasuk kos tanah dan telah siap dalam tahun 1964. Gerai Penjaja Jalan Channel telah siap dibina dalam tahun 1965 dengan kos kira-kira RM60,000 termasuk kos tanah. Jalan sisi menyusuri Jalan Island/Jalan Hospital untuk keselamatan pejalan kaki telah dibina dan siap dalam tahun 1958 dengan kos RM10,000. Stesen Bas (sekarang digunakan untuk ruang letak kereta di Jalan Market) telah siap dibina dalam tahun 1959 dengan sumbangan Kerajaan dalam bentuk geran. Stesen bas sekarang telah siap dibina dalam tahun 1983.

Tiga (3) unit rumah kedai empat (4) tingkat di Jalan Klinik telah siap dibina dalam tahun 1970.