picture
 

Sejarah Lembaga Perbandaran Sibu


Mengenai Kami
Mengenai Sibu Mengenai MPS
Sejarah Logo Visi, Misi &
Tonggak Kecemerlangan MPS
Prinsip
Dasar Utama Peranan Dan Fungsi Undang-Undang Lagu Rasmi
Sejarah
Majlis Perbandaran Sibu (MPS)
Sejarah
Majlis Daerah Bandaran Sibu (MDBS)
Sejarah
Lembaga Perbandaran Sibu

 

Lembaga Perbandaran Sibu ditubuhkan pada hari 31 Januari 1925 (Sabtu) dan seterusnya sebagai Jabatan Kerajaan Pusat sehingga hari 1 Januari 1934 (Isnin) apabila Undang-undang Kecil Perbandaran Kuching diwartakan di bawah Peraturan No. M. 7 (Perbandaran) 1933 diterima untuk kawasan Perbandaran Sibu. Ahli Lembaga terdiri daripada Residen Bahagian Ketiga sebagai Pengerusi. Pegawai Perbandaran ketika itu adalah Pegawai Daerah Sibu. Ahli-ahli rasmi Perbandaran Sibu ketika itu ialah Jurutera Bahagian Sibu, Penguasa Tanah & Survei Sibu dan Pegawai Perubatan Bahagian Sibu. Ahli-ahli tidak rasmi yang juga dikenali sebagai Pesuruhjaya Perbandaran Sibu telah dilantik daripada kalangan pelbagai ketua masyarakat.