picture
 

Kawalan Ternakan Ayam-Itik Di Kawasan Perumahan


Mengenai Kami
Mengenai Sibu Mengenai MPS
Sejarah Logo Visi, Misi &
Tonggak Kecemerlangan MPS
Prinsip
Dasar Utama Peranan Dan Fungsi Undang-Undang Lagu Rasmi
Penangkapan Anjing Liar Di Kawasan Umum Kawalan Ternakan Ayam-Itik Di Kawasan Perumahan

 

Salah satu (1) aduan yang paling kerap diterima oleh Majlis ialah penternakan ayam-itik di kawasan perumahan. Lazimnya mereka menternak ayam-itik di halaman rumah untuk kegunaan sendiri tetapi ada juga yang menternak untuk komersial. Perbuatan demikian telah menimbulkan banyak masalah kesihatan awam dan persekitaran. Punca penyebaran penyakit Coxsackie yang berlaku di Sarawak masih belum terjawab. Lantaran itu, sejak hari 1 Oktober 1999 (Jumaat), Majlis telah mengambil langkah untuk mengawal penternakan ayam-itik di bawah kuasa pentadbirannya.

Objektif kawalan ini ialah untuk kepentingan kesihatan awam dan memastikan kebersihan persekitaran demi kehidupan yang sihat serta mengelakkan penyebaran penyakit berjangkit. Sebelum kawalan ini dikuatkuasakan, melalui media massa Majlis telah membuat hebahan di dalam suratkhabar tempatan untuk memberi kesedaran kepada penduduk di Sibu.

Majlis juga mengambil tindakan terhadap aduan daripada orang awam mengenai penternakan ayam-itik. Siasatan akan dijalankan dan jika didapati benar, penternak akan diberi notis untuk dipatuhi dalam masa yang ditetapkan. Sesiapa yang gagal untuk mematuhi notis selepas tarikh akhir akan dikenakan kompaun.

Berkuatkuasa dari hari 1 April 2000 (Sabtu), Majlis akan mengambil tindakan tegas terhadap penternak memandangkan masih ramai penduduk menternak ayam-itik di kawasan perumahan. Sesiapa yang menternak lebih dari 10 ekor ayam-itik akan dikenakan kompaun tanpa diberi notis amaran.

Menurut Undang-undang Kecil Penguasa Tempatan (Kebersihan) 1999, sesiapa yang menternak ayam-itik tanpa kebenaran bertulis dari Majlis akan didenda dengan denda maksimum sebanyak RM2000 dan bagi kesalahan yang berterusan, denda dikenakan sebanyak RM100 setiap hari atau ayam-itik mungkin akan dirampas. Pesalah juga boleh dikenakan kompaun tidak lebih dari RM1000.

Walau bagaimanapun, Majlis memberi kelonggaran dan kebenaran kepada wanita mengandung yang hendak bersalin, untuk menternak ayam-itik selama 42 hari bermula dari seminggu sebelum tarikh dijangka bersalin.

Walaupun Majlis telah menghadapi pelbagai reaksi negatif dari orang ramai pada mulanya, sekarang orang ramai telah semakin sedar bahawa perlaksaaan kawalan ini adalah untuk kebaikan semua.

Majlis menggesa penduduk bandar Sibu bekerjasama untuk tidak menternak ayam-itik di kawasan perumahan serta menjaga kebersihan persekitaran bandar Sibu demi kebaikan semua.