Penangkapan Anjing Liar Di Kawasan Umum


Mengenai Kami
Mengenai Sibu Mengenai MPS
Sejarah Logo Visi, Misi &
Tonggak Kecemerlangan MPS
Prinsip
Dasar Utama Peranan Dan Fungsi Undang-Undang Lagu Rasmi
Penangkapan Anjing Liar Di Kawasan Umum Kawalan Ternakan Ayam-Itik Di Kawasan Perumahan

 

Penangkapan anjing liar di kawasan umum

Objektif

  • Untuk memberi pengetahuan kesihatan kepada orang awam supaya menjaga anjing mereka dengan sempurna dengan memberi air dan makanan yang mencukupi, menyediakan tempat tinggal yang sesuai dan sempurna serta memberi suntikan vaksin kesihatan terhadap penyakit berjangkit
  • Untuk mengurangkan gangguan bunyi bising hasil daripada salakan anjing
  • Untuk mengurangkan jumlah anjing liar yang mungkin berpenyakit Zoonosis
  • Untuk mengurangkan kejadian anjing menyelongkar tong sampah yang menyebabkan sampah berselerak di tempat awam dan menjadikan persekitaran kotor serta menimbulkan masalah kesihatan
  • Untuk mengurangkan kejadian anjing mengejar pejalan kaki atau penunggang motosikal yang boleh menyebabkan kemalangan dan kecederaan kepada orang awam
  • Untuk mengurangkan pencemaran persekitaran disebabkan najis anjing di tempat awam

Aktiviti Penangkapan Anjing Liar

  • Pasukan penangkapan anjing liar Majlis terdiri daripada yang berikut :-
    • Seorang Pengawas Kesihatan Kanan sebagai ketua kumpulan
    • 10 orang pekerja Majlis dan lima (5) buah motosikal
    • Sebuah lori kecil Majlis
  • Pasukan ini boleh dikenali melalui kad kuasa, pakaian seragam Majlis (ves berpantulan yang bercetak "SMC") dan lori kecil Majlis.
  • Operasi penangkapan anjing liar dijalankan tiga (3) malam dalam seminggu dan dari masa ke semasa pada siang hari. Mana-mana anjing liar yang berkeliaran di tempat awam sama ada berlesen atau tidak akan ditangkap. Penangkapan dijalankan dengan menggunakan jerat.
  • Semua anjing yang ditangkap akan direkodkan dan anjing tersebut akan dikandang di Depot MPS, Jalan Lapangan Terbang Lama.
  • Pemilik anjing boleh menuntut anjing mereka selepas membuat bayaran-bayaran berikut :-
    • Bayaran penangkapan anjing - RM5
    • Bayaran kompaun (jika anjing tiada lesen yang sah) - RM25
    • Bayaran lesen anjing jantan (jika anjing tiada lesen yang sah) - RM4
    • Bayaran lesen anjing betina (jika anjing tiada lesen yang sah) - RM6
  • Anjing yang tidak dituntut dalam masa 48 jam akan dilupus dengan menggunakan suntikan oleh pihak Jabatan Veterina.

Tanggungjawab Pemilik Anjing

  • Pemilik hendaklah mendapatkan lesen bagi memelihara anjing.
  • Mendaftarkan anjing di Majlis. Lesen akan berkuatkuasa dari masa ia diambil sehingga 31 Disember tahun tersebut.
  • Majlis akan mengeluarkan satu (1) label pengenalan logam atau tag anjing di mana pemilik hendaklah memasangkannya dengan rantai atau seumpamanya di leher anjing.
  • Mana-mana anjing tanpa label pengenalan logam yang sah akan ditangkap oleh pihak Majlis.
  • Simpan anjing anda di halaman rumah pada setiap masa. Jangan biarkannya berkeliaran di luar kawasan rumah.
  • Kandang anjing anda di dalam kandang yang bersih dan sanitari.
  • Beri anjing anda air dan makanan yang mencukupi dan tempat tinggal yang sesuai dan sempurna.
  • Jika membawa anjing anda bersiar atau bersenam, pastikan ia diikat dengan rantai atau seumpamanya supaya dapat dikawal dengan baik.
  • Pastikan anjing anda tidak mendatangkan ancaman atau bahaya kepada orang lain, binatang lain atau merosakkan harta awam.
  • Jangan biarkan anjing anda menyebabkan gangguan seperti menyalak (kurangkan bising daripada salakan anjing anda).
  • Jangan biarkan anjing anda membuang najis di tempat awam kerana ia akan mencemar persekitaran.
  • Pemilik hendaklah menghantar anjing untuk pemeriksaan kesihatan oleh doktor haiwan dan menerima immunisasi untuk mengelakkan jangkitan penyakit berjangkit dari masa ke semasa.

Bayaran Lesen

  • Lesen untuk memelihara anjing betina - RM6 setahun
  • Lesen untuk memelihara anjing jantan - RM4 setahun
  • Tiga kali ganda bayaran di atas bagi setiap ekor anjing jika memelihara :-
    • Lebih dari seekor anjing betina atau
    • Lebih dari tiga (3) ekor anjing termasuk seekor anjing betina yang dipelihara dalam sebuah premis yang sama

Undang-Undang Kecil MPS (Lesen Anjing) 1962

  • Undang-undang ini digubal untuk menjaga kepentingan pemilik-pemilik anjing dan juga masyarakat umum
  • Pemilik anjing yang melakukan kesalahan di bawah undang-undang ini boleh didenda sehingga RM25 bagi kesalahan pertama dan RM50 bagi kesalahan seterusnya


Pendaftaran Lesen Anjing