Perutusan Pengerusi
Kita sedang berada di zaman maklumat, di mana ia telah mengubah corak kehidupan kita. Kemajuan di bidang teknologi maklumat telah mengubah cara kita berkomunikasi dan bekerja. Penyebaran maklumat telah menjadi pantas, cekap dan tidak bersempadan.
Sebagai sebuah agensi Kerajaan Tempatan di Sibu, Majlis Perbandaran Sibu akan bersikap telus dengan penduduk dari segi peranan, fungsi, cadangan dan aktiviti. Ketelusan tersebut akan mempromosikan hubungan yang baik dan mengelakkan salah faham berkenaan polisi dan cara bekerja Majlis. Selain daripada memberi maklumat kepada orang ramai, laman ini juga bertindak sebagai saluran komunikasi dua (2) hala. Orang ramai boleh menyatakan maklum balas dan pendapat mereka melalui laman Maklum Balas/Komen di dalam laman web ini. Kami mengalu-alukan cadangan dan maklum balas yang membina sekiranya ada.
Adalah diharapkan laman web ini digunakan sebaiknya untuk orang ramai mengenali dengan lebih baik lagi pihak berkuasa tempatan. Bersama-samalah kita bekerja untuk masa hadapan Sibu.
Terima kasih.
YB Datuk Tiong Thai King
Pengerusi Majlis Perbandaran Sibu