Notis : Pembukaan Semula Operasi Letak Kereta MPS Semasa Dan Selepas PKPB

Dipaparkan pada 15 Feb 2021


NOTIS

Pembukaan Semula Operasi Letak Kereta Majlis Perbandaran Sibu (MPS) semasa DAN selepas Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB)

Untuk pelanggan majlis yang dihormati,

Majlis ingin mengumumkan kepada semua bahawa kutipan bayaran tempat letak kereta bagi kawasan yang telah diwartakan oleh Majlis Perbandaran Sibu akan mula dikenakan semula BERMULA 2 MAC 2021.

Selain itu, Bangunan Letak Kereta Bertingkat Majlis Perbandaran Sibu di Jalan Wong Nai Siong dan Jalan Market (UTC) akan mula beroperasi seperti biasa BERMULA 15 FEBRUARI 2021.

Untuk sesiapa yang telah membeli Pas Letak Kereta Bermusim sebelum tarikh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan iaitu pada 16 JANUARI 2021 ;

1.   Pas Letak Kereta Bermusim bagi Bulan Januari 2021 masih boleh digunapakai untuk bulan Mac 2021. Pas tersebut hendaklah dipamerkan secara jelas dan TIDAK perlu disahkan.

2.   Pas Letak Kereta Bermusim bagi bulan Februari 2021 pula masih boleh digunapakai untuk Bulan April 2021. Pas tersebut hendaklah dipamerkan secara jelas dan TIDAK perlu disahkan.

3.   Hanya pas bermusim bagi bulan Mac 2021 dan seterusnya perlu disahkan untuk digunakan. Pengesahan boleh dibuat di kaunter khidmat pelanggan majlis di aras 1 Bangunan Letak Kereta Bertingkat di Jalan Wong Nai Siong bermula 15 FEBRUARI 2021.

Akhir sekali, untuk sesiapa yang telah kehilangan Pas Letak Kereta Bermusim terbabit, anda boleh datang ke kaunter khidmat pelanggan majlis di aras 1 Jalan Wong Nai Siong untuk mencetak semula pas terbabit dan akan dikenakan bayaran sebanyak RM10.00 sahaja.

CLARENCE TING ING HORH
PENGERUSI MAJLIS PERBANDARAN SIBU

Tarikh : 15 Februari 2021