Permohonan E-Billing untuk Bil Cukai Taksiran Tahun 2021

Dipaparkan pada 04 Feb 2021

Permohonan E-Billing untuk Bil Cukai Taksiran Tahun 2021

Berikutan pandemik Covid-19 yang masih menunjukkan rekod yang tinggi khususnya di Daerah Sibu, Majlis Perbandaran Sibu akan menghantar Bil Cukai Taksiran/Cukai Pintu Tahun 2021 melalui emel iaitu E-Billing.

Pihak Majlis memohon kerjasama semua pemilik pegangan untuk menghantar alamat emel kepada pegawai yang dilantik mengikut lokaliti kediaman/pegangan masing-masing.

Sila rujuk panduan berikut :

Jika tuan/puan ADA menyimpan Bil cukai taksiran yang lama/tahun sebelumnya

1) Semak  Abjad/Huruf pertama pada No Rujukan di bahagian atas sebelah kanan Bil Cukai Taksiran anda.

Contoh : Jika Nombor Rujukan pegangan anda bermula dengan huruf M, maka anda perlu menghantar permohonan e-billing anda ke alamat emel pegawai yang dilantik di kawasan M.

Sila nyatakan NO. RUJUKAN/ALAMAT PEGANGAN semasa memohon.

2) Rujuk jadual yang dilampirkan bagi mendapatkan alamat emel pegawai yang bertanggungjawab bagi kawasan/lokaliti masing-masing.

Contoh : Kawasan dengan No Rujukan: M, perlu diemel kepada Puan Meriana anak Pagang.

Nota :

  • Pemilik pegangan yang mempunyai lebih dari satu (1) pegangan hanya perlu menghantar permohonan e-bil ke salah satu (1) alamat pegawai yang bertanggungjawab.

  • Pemilik pegangan yang tidak mengetahui No. Rujukan pegangan, boleh menghubungi Majlis Perbandaran Sibu di talian 084-333411 sambungan 282 & 227.

  • Pemilik pegangan yang tidak mempunyai Emel, bil cukai taksiran akan dihantar ke alamat masing-masing selepas PKP ditamatkan atau selepas situasi pandemik Covid-19 semakin pulih di Bandar Sibu.

SILA HANTARKAN PERMOHONAN E-BILLING ANDA KEPADA PEGAWAI YANG BERTANGGUNGJAWAB

No.Rujukan

Hantar emel ke

Pegawai Bertanggungjawab

A

B

C

G

H

L


mhamizans@smc.gov.my


Encik Muhammad Hamizan bin Salhi

D

E

I

K


dyna@smc.gov.my


Puan Jacqueline Dyna anak Makus

M

F

J


meriana@smc.gov.my


Puan Meriana anak Pagang

N

freddiec@smc.gov.my

Encik Freddie Chua