BM  | EN
Tema: Biru dan Hijau Tema: Biru dan Hijau Tema: Merah Tema: Hijau
Latar Belakang: 1 Latar Belakang: 2 Latar Belakang: 3 
Kemaskini Pada: 24 Jun 2017
Versi 8.0.2
LogoLogo
[ Mengenai MPS < Logo ]

 

Burung Kenyalang mewakili Kerajaan Negeri.

Nama bandar Sibu diperolehi daripada buah Sibau, sejenis buah tempatan seperti yang ditunjukkan di paruh burung Kenyalang.

Keris pada sebelah kiri bulatan mewakili masyarakat Melayu.

Pokok mewakili bandar Sibu yang merupakan pusat ekonomi di mana koko, getah, lada, sagu, minyak kelapa sawit dan kayu balak adalah hasil ekspotnya.

Logo MPS

Perisai mewakili masyarakat Dayak.

Tangan putih menggenggam sebilah kapak mewakili penduduk bandar Sibu yang rajin bekerja, bercita-cita tinggi, jujur, peramah dan pemurah.

Naga yang melingkar mengelilingi bulatan mewakili masyarakat Cina.

Air berwarna biru di bawah bulatan mewakili Sungai Rejang, dimana ia merupakan jalan air yang terpenting di Sarawak dan Sibu terletak di tebingnya.

Keris, perisai dan naga mewakili masyarakat bersatu, bersama-sama memajukan Sibu.