BM  | EN
Tema: Biru dan Hijau Tema: Biru dan Hijau Tema: Merah Tema: Hijau
Latar Belakang: 1 Latar Belakang: 2 Latar Belakang: 3 
Kemaskini Pada: 24 Mei 2017
Versi 8.0.2
Dasar PrivasiDasar Privasi

Privasi Anda 
Halaman ini menjelaskan dasar privasi kami yang merangkumi penggunaan dan perlindungan terhadap apa-apa maklumat yang dikemukakan oleh pelawat-pelawat.

Jika anda memilih untuk mendaftar dan berurusan dengan menggunakan laman sesawang kami atau menghantar e-mel yang memberikan data peribadi yang boleh dikenal pasti, data ini mungkin dikongsikan, jika perlu, dengan agensi-agensi Kerajaan lain untuk memberi anda perkhidmatan dengan cara yang paling cekap dan berkesan. Contohnya dalam soal menyelesaikan atau melayan aduan yang memerlukan aduan itu diajukan ke agensi-agensi lain Kerajaan.

Perlidungan Data 
Teknologi terkemuka termasuk perisian enkripsi digunakan untuk melindungi mana-mana data yang diserahkan kepada kami dan piawai keselamatan yang ketat dilaksanakan untuk mencegah capaian secara haram.

Keselamatan Storan 
Untuk melindungi data peribadi anda, semua storan elektronik dan penghantaran data peribadi dijamin keselamatannya dan distorkan dengan menggunakan teknologi keselamatan yang sesuai.

Maklumat yang Terkumpul 
Tidak ada maklumat peribadi yang boleh dikenal pasti itu dikumpul semasa melayari laman sesawang ini kecuali bagi maklumat yang anda berikan melalui e-mel.

Maklum Balas
Kami mengalu-alukan semua maklumat dan pertanyaan.

Jika maklumat yang terperinci yang tidak dapat dibekalkan oleh laman sesawang ini, maka maklum balas yang ikhlas daripada anda dan pertanyaan anda akan dihantar kepada pihak agensi Kerajaan yang berkaitan untuk membolehkan kami membekalkan maklumat yang anda perlukan itu.

Cookies 
Terdapat laman sesawang tertentu yang menjanakan cookies yang dikumpul oleh pelayan sesawang untuk membolehkannya mengecam lawatan-lawatan anda pada masa hadapan.

Laman sesawang ini menggunakan non-persistent cookies atau per-session cookies sahaja yang mempunyai fungsi teknikal seperti menukar bahasa-bahasa dalam laman sesawang. Cookies ini tidak merakamkan data secara kekal dan data itu tidak distorkan dalam pemacu komputer anda. Sebaik sahaja anda menutup komputer anda, cookie itu dipotong.

Apa Yang Terjadi Apabila Saya Hubungi Laman Lain?
Kandungan laman sesawang ini menghubungkan laman-laman sesawang organisasi Kerajaan dan organisasi bukan Kerajaan. Dasar privasi ini hanya terpakai untuk laman kami dan anda hendaklah sedar bahawa laman-laman lain yang dihubungkan oleh laman ini mungkin mempunyai dasar-dasar privasi yang berlainan dan kami mengesyorkan anda membaca dan memahami pernyataan privasi tiap-tiap laman.

Perubahan kepada Dasar ini 
Jika dasar privasi ini berubah dengan apa-apa cara, perubahan itu akan dikemaskinikan di halaman ini. Kerap meninjau halaman ini boleh membantu anda mengikuti kemas kinian maklumat yang dikumpul, bagaimana maklumat itu digunakan, dan dalam apa keadaan, jika ada, maklumat itu dikongsikan dengan pihak lain.

Pertanyaan atau Aduan 
Jika anda ada pertanyaan atau aduan tentang dasar privasi ini atau laman sesawang ini, anda boleh menghubungi kami melalui bahagian Maklum Balas/Komen kami.