BM  | EN
Tema: Biru dan Hijau Tema: Biru dan Hijau Tema: Merah Tema: Hijau
Latar Belakang: 1 Latar Belakang: 2 Latar Belakang: 3 
Kemaskini Pada: 27 Apr 2017
Versi 8.0.1
Dasar UtamaDasar Utama
[ Mengenai MPS < Dasar Utama ]

 

Dalam proses untuk meningkatkan taraf hidup dan persekitaran bandar, Majlis Perbandaran Sibu telah membuat beberapa dasar yang tegas tetapi berfaedah. Keputusan-keputusan dasar utama tersebut menerima tentangan hebat pada mulanya. Walau bagaimanapun, melalui pembelajaran yang teliti, cara pujukan serta perundingan yang cekap dan berkesan, Majlis berjaya meyakinkan orang awam. Pada hari ini, masa membuktikan bahawa semua keputusan dibuat demi kesejahteraan rakyat.

  • Pembekuan pengeluaran lesen penjaja semenjak tahun 1991

  • Pembersihan penggunaan lorong-lorong kaki lima semenjak tahun 1993

  • Menguatkuasa tindakan undang-undang terhadap bangunan-bangunan tanpa kelulusan daripada Majlis semenjak tahun 1994

  • Pembekuan pengeluaran lesen karaoke semenjak bulan November 1996

  • Memindahkan penjaja-penjaja di lorong-lorong tepi dan belakang dan di sepanjang kawasan dermaga

  • Menguatkuasa tindakan terhadap hotel-hotel dan rumah-rumah tumpangan tanpa lesen

  • Larangan meletak tong sampah di luar kawasan rumah di luar waktu kutipan

  • Penangkapan anjing liar di kawasan umum

  • Kawalan ternakan ayam-itik di kawasan perumahan