BM  | EN
Tema: Biru dan Hijau Tema: Biru dan Hijau Tema: Merah Tema: Hijau
Latar Belakang: 1 Latar Belakang: 2 Latar Belakang: 3 
Kemaskini Pada: 27 Apr 2017
Versi 8.0.1
Sejarah Lembaga Perbandaran SibuSejarah Lembaga Perbandaran Sibu
[ Mengenai MPS < Sejarah < Lembaga Perbandaran Sibu ]

 

Lembaga Perbandaran Sibu ditubuhkan pada hari Sabtu, 31 Januari, 1925 dan seterusnya sebagai Jabatan Kerajaan Pusat sehingga hari Isnin, 01 Januari, 1934 apabila Undang-undang Kecil Perbandaran Kuching diwartakan di bawah Peraturan No. M. 7 (Perbandaran) 1933 diterima untuk kawasan Perbandaran Sibu. Ahli Lembaga terdiri daripada Residen Bahagian ketiga sebagai Pengerusi. Pegawai Perbandaran ketika itu adalah Pegawai Daerah Sibu. Ahli-ahli rasmi Perbandaran Sibu ketika itu ialah Jurutera Bahagian Sibu, Penguasa Tanah & Survei Sibu dan Pegawai Perubatan Bahagian Sibu. Ahli-ahli tidak rasmi yang juga dikenali sebagai Pesuruhjaya Perbandaran Sibu telah dilantik daripada kalangan pelbagai ketua masyarakat.